|
PROFILE Being Me is the greatest challenge to keep on moving when everything messed up to keep on going when my vision turns upside down to keep calm when my anger explodes to keep smiling when all I have is sadness to enjoy the real happiness that came only for a while but only this way these lessons had taught Me how to live these challenges that made me stronger inside out these stories that gave me strength to my weaknesses for each fate that you wrote for my Life is nothing better but THE BEST! “When you leave, remember to look back to see those you’re leaving behind. You never know, but they might be feeling miserable." YOUR SAY SO YESTERDAY October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010 I'LL BE WATCHING YOU AimanKU AszafiraKU AtiqaKU AmiraKU AsiahKU FadilaKU FyraKU FarahinKU FazilaKU HadiKU MusuhKU HairulKU HikmaKU JuwairiyahKU MarizzaKU Kak ainKU Kak hannahKU Lembah IlmuKU NabilaKU NurulhudaKU NisyaKU SriKU UttKU ZulianaKU CREDITS edits by: nurfa
![]()
|
Wednesday, November 26, 2008 @ 10:36 PM
joget lambak! Assalamualaikum. Hi semua. Nama saya Djah. Siti Khadijah. Pada malam yang tenang, sejuk, damai lagi berbahagia ini, saya berasa teramat senang dan ringan kepala sekali. Mengapa? Ini kerana peperiksaan A levels yang memecahkan otak saya dan kawan-kawan saya, mengharu-birukan perasaan dan emosi sehingga kami menangis dan kemurungan selama ini sudah tamat. Taaamat. Ti-Ay-Em-Ay-Ti. Apa itu kawan-kawan? Tamat! Ya, pandai sekali. Saya yakin, pasti ramai kawan-kawan saya yang lain juga merasa senang dan ringan kepala. Saya tak tahu kenapa saya menggunakan perkataan 'ringan kepala'. Jika diterjemah kepada bahasa inggeris, ia menjadi 'lightheaded'. Tak seram ke tu? Hehe. Seram kan. Dan seram lagi bila saya fikirkan tentang keputusan A levels yang bakal keluar pada beberapa bulan yang akan datang lagi. Tapi tak mengapa, itu jangan difikir dulu. Buat masa ini, kita enjoy dulu! :D Tapi sebelum itu, seperti pesanan Ustaz Abdul Aziz, kita mesti sujud syukur dulu. Sebab Allah yang telah membantu kita semua menempuhi ujian ini. Memanglah Allah itu Maha Penyayang, tidak akan meninggalkan hambaNya dalam apa jua keadaan... Tu pasal lah kami semua sayanggg sangat pada Allah kan? (: Ini gambar saya sewaktu saya didenda oleh guru saya. Kawan-kawan saya sedang bergembira bersuka ria ha-ha-ha-ha, (Aiman paling gembira kerana dia sedang membaca Al-Quran. Al-Quran itu kan menggembirakan dan menenangkan. Tak gitu?) tetapi saya dipaksa berdiri di atas kerusi. Tetapi saya tak kesal. Tengok tu, saya tersenyum sinis di atas kerusi. Mengapa begitu pula? Kerana saya seorang murid yang nakal. Okey saya bedek. Saya bukan Djah; Siti Khadijah. Saya adalah kawan kepada Siti Khadijah. Dan saya bedek lagi. Djah bukanlah senakal mana pun. Nakal sikit aje, nakal biasa-biasa. Dah djah, jangan nak tersenyum simpul. Eh tapi kalian (kalian sehhh! hahahha) mesti hampir tertipu sewaktu saya mengungkapkan kata-kata ini; "...Ini kerana peperiksaan A levels yang memecahkan otak saya dan kawan-kawan saya, mengharu-birukan perasaan dan emosi sehingga kami menangis dan kemurungan selama ini sudah tamat..." Pasti kalian tertipu kan kan kan! Mesti kalian hampir-hampir terpedaya, bahawa saya adalah Siti Khadijah yang sebenarnya. Yalah, Djah kan sudah terkenal dengan hiperbolanya........ K maap dja saya tak cakap lagi hehe. Dijah memberi kepercayaan kepada saya untuk meng-update blog beliau. Maka saya pun dengan rendah hatinya menerima sambil berkata; "baiklah Djah. Akan saya jaga blog awk seperti saya menjaga anak saya sendiri." Mungkin sahaja perumpamaan saya ini terlalu liar, menyamakan anak yang belum lahir dengan err blog ini. Tetapi tidak mengapa. Anak saya belum lahir pun. Saya pun belum kahwin lagi. Sewaktu ini, Dijah sedang di dalam perjalanannya ke Genting bersama rakan-rakan saya yang lain. Saya sudah pun mengancam beliau dengan ancaman; "korang lupe kte, siapppp korggg!" Samaada ancaman itu berkesan atau tidak, saya tidak pasti. Yang pasti, marilah kita semua sama-sama mendoakan mereka semua, supaya mereka selamat pergi, selamat ber-holiday dan selamat pulang insyaAllah. Dja beritahu saya, "update blog kte k wk bila awk free." Saya pun menjawab, "dhbes A level djah, dh free!" Saya juga memberitahu Djah bahawa saya akan meng-update blog-nya tiap-tiap hari. Maka dengan ini, marilah ramai-ramai baca entry saya tiap-tiap hariiii! Muahahahahaha. Btw, saya menggunakan bahasa formal kerana saya tidak mahu merepek. Ini blog orang. Takkan nak merepek di blog orang. Tapi saya saspek saya dah merepek pun haha. Okey, sekarang marilah ramai-ramai teka siapa sayaaaa! Hehehe. Dah lah, terlampau panjang pulak entry saya ni. Djah pun tak pernah update sepanjang The Great Wall of China macam ni. Saya ni cepat lupa diri bila diberi kesempatan -_- Well well well. Jumpa lagi di lain kesempatan! Sementara itu, jaga diri yea! Maka dengan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir buat teman baik Siti Khadijah, Mardhiyah Haron. Selamat hari lahir Mardhiyah. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberkati hidupnya insya Allahu ta'ala :D Dan saya tak tahu mengapa saya menamakan entry ini sebagai 'joget lambak'. Itulah phrase pertama yang terlintas di fikiran saya waktu ini. Akhirul kalam, saya ingin membuat ulasan terakhir. Sesungguhnya bahasa Melayu saya sudah sangat rabak sekali. Chey saya berbicara seakan-akan saya fasih berbahasa Arab atau Inggeris. Walhal tidak sama sekali. Hmm. Mungkin ini petanda saya harus mencipta bahasa sendiri. |