PROFILE

siti.khadijah.md.bashir

Being Me is the greatest challenge
to keep on moving when everything messed up
to keep on going when my vision turns upside down
to keep calm when my anger explodes
to keep smiling when all I have is sadness
to enjoy the real happiness that came only for a while

but only this way
these lessons had taught Me how to live
these challenges that made me stronger inside out
these stories that gave me strength to my weaknesses for each fate that you wrote for my Life
is nothing better but THE BEST!

“When you leave, remember to look back to see those you’re leaving behind. You never know, but they might be feeling miserable."


YOUR SAY




SO YESTERDAY

September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010

[my old blog]




I'LL BE WATCHING YOU

'AlimaKU
AimanKU
AszafiraKU
AtiqaKU
AmiraKU
AsiahKU
FadilaKU
FyraKU
FarahinKU
FazilaKU
HadiKU MusuhKU
HairulKU
HikmaKU
JuwairiyahKU
MarizzaKU
Kak ainKU
Kak hannahKU
Lembah IlmuKU
NabilaKU
NurulhudaKU
NisyaKU
SriKU
UttKU
ZulianaKU



CREDITS

skin by: Jane
edits by: nurfa

Powered by Blogger



Tuesday, September 29, 2009 @ 1:11 PM
i miss you

Thank you for hearing me out. for making me feel good about myself again. for telling me that im not alone, that im loved and all those sweet things that makes me smile and girn like an idiot girl. I HAVE THE GREATEST FRIEND! ;)



Monday, September 28, 2009 @ 9:31 PM
raya punya kisah - hasil karangan melly



Malam itu suasana agak sepi. Yang kedengaran hanyalah bunyi kenderaan yang lalu-lalang sekali sekala. Atau pun bunyi kucing mengiau di malam hari yang boleh meremangkan bulu roma sesetengah orang yang menghidap ‘Ailurophobia’. Namun itu semua tak penting langsung. Sebenarnya kisah ini melibatkan enam sekawan (bukan sekawan lembu tau. Tu penjodoh bilangan) yang masing-masing agak sukar hendak melelapkan mata malam itu kerana tidak sabar menantikan hari esok yang menjanjikan seribu keriangan (bukan Kota Keriangan tau. Tu Genting). Esok, pagi-pagi lagi Djah, Zaf, Mel, Mar, Jim dan Ummu perlu bangkitkan diri dari tilam dan bantal empuk masing-masing untuk memulakan misi Jalan Raya 2009! J


Jika tahun-tahun yang sebelumnya mereka hanya akan menaiki kenderaan awam atau menyewa bas, tetapi raya kali ini menjanjikan satu peningkatan hidup bagi mereka enam sekawan. Apakan tidak, mereka telah bercadang untuk menyewa sebuah kereta yang akan dipandu sendiri oleh dua orang daripada mereka yang masing-masing baru je bulan lepas passed TP. Jadi, sebab tu lah jugak raya kali ini mereka tak dapat nak pergi beraya dalam kumpulan yang besar. Kalau nak diikutkan, kurang sedikit meriahnya, tapi apakan daya..nak beraya ramai-ramai pun susah juga! Yelah, masing-masing sibuk dan kalau ada yang tengah cuti pun cuma sekejap je.. :(

Janji pukul 10 pagi di MRT Yishun, cadang nak terus naik kereta pergi rumah pertama, iaitu rumah Mar. Namun apakan daya, kita merancang tetapi Allah juga yang menentukan. Last-last, rumah Mar jugak yang dijadikan tempat berkumpul. Jim siang-siang dah sampai dulu. Terlampau excited agaknya. Orang suruh tunggu kat MRT station, tahu-tahu dia dah ternaik bas terus pergi rumah Mar! Djah, pukul 10 baru nak bangun. Mel, bawak kereta tapi sampai lambat jugak. Siap tak tahu kat mana rumah Mar lagi. Nasib sempat contact Zaf suruh dia tunggu kat bus-stop lepas tu pergi sama-sama..


Rumah Pertama: Asal masuk rumah orang je mesti keluar ketawa spontan. Itulah diorang. Sementara tunggu Djah yang tengah on the way, sempatlah jugak diorang petik-petik gambar sendiri dulu sepuas hati. Yang kuku panjang pulak, sempat pinjam pengetip kuku lagi. Bila Djah dah datang, misi sarapan pagi beramai-ramai di rumah Mar pun bermula. Dengan menggunakan tema “Sharing is Caring” adalah dalam lebih kurang 3, 4 kali Djah asyik tersalah minum air orang je! Makan, ketawa, minum, ketawa lagi, petik gambar, ketawa jugak, touch up, ketawa lagi, baca kisah ‘sejarah silam hidup Mar’, ketawa makin menjadi, salam makcik, sambil tahan ketawa, pastu terus proceed to the next house. Rumah Zaf pulak.


Rumah Kedua: Kedatangan mereka disambut meriah oleh Cik Saedah seorang (mak aszafirah). Yelah, dah beliau aje yang ada kat rumah time tu. Enam sekawan duduk rapat-rapat kat kerusi. Mati-mati nak duduk satu kerusi jugak! Okaylah, tu menunjukkan ukhuwwah yang kuat antara mereka berenam. Topik perbualan besama Cik Saedah berkisar tentang isu-isu tudung semasa.
“Tudung Siti Mahal! Tudung Ekin pun! Tudung Ramlah pulak belum ada jual lagi sebab dia belum pakai tudung! Tudung saji orang tak pakai kat kepala!” Lebih kurang begitulah dialognya.
Cik Saedah ni memang peramah orangnya dan agak lucu pulak tu! Habis gamat suasana di pagi hari. Sambil-sambil tu, macam biasalah, petik-petik gambar lagi sepuas hati. Kalau ada 4 digicam, empat-empat jugak nak kena petik! Zaf pulak hampir hilang sabar kerana digicam Bang Mizar suka sangat menggerhanakan gambar! Mel pun tak berapa nak sabar sebab digicam Bang, eh Cik Majeed buatkan muka dia dengan Orang Minyak dah macam saudara sekandung! Grr. Dalam rumah bergambar, luar rumah pun nak jugak! Lepas dah habis bergambar di setiap sudut, barulah mereka bertolak ke rumah yang seterusnya, rumah Ummu. Kereta dipandu Jim dengan penuh cermat sambil yang lain menyambut lambaian mesra (bukan lambaian Kaabah tau) Cik Saedah dari tingkap tingkat atas.


Rumah Ketiga: Ummu yang sebenarnya dari tadi belum muncul dalam scene kisah ini lagi sebab dia memang dah buat janji nak jumpa dengan rakan-rakan yang lain di rumahnya terus. Mungkin itu adalah taktik yang terbaik untuk mendapatkan tidur lebih masa. Heheh. Depan rumah Ummu best sebab ada playground! Playground tu pulak memang dah menjadi spot yang wajib untuk bergambar! Lagi-lagi kat seesaw dia. Tengah-tengah bergambar, tiba-tiba enam sekawan teringat sesuatu yang penting. Mereka terlupa membeli sesuatu yang bakal dijadikan aktiviti penutup pada hari tersebut. Lega hati mereka apabila Ummu mengatakan bahawa terdapat pasaraya Sheng Siong (Segala Untuk Kamu~) berdekatan. Jadi bolehlah mereka membuat pembelian kecemasan. Tak, mereka bukan pergi beli ikan bilis 500g. harap maklum.


Rumah Keempat: Beberapa hari yang lalu, mereka mendapat tahu rakan sekelas mereka suatu ketika dahulu, Kak Khairun Zikir, telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Jadi, mereka pun tak mahu melepaskan peluang untuk menziarahi kedua-dua ibu dan anak tersebut (tak ada kena mengena dengan Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak tau). Ternyata, mereka berenam sangat teruja melihat kecomelan anak Kak Khairun yang tak mampu untuk diluahkan oleh kata-kata. Terlalu cute sampaikan Ummu tak mahu melepaskannya. Kalau boleh dia nak lekat pakai gam gajah terus! Jim pun begitu jua. Sampai makan pizza pun lagi nak mengendong bayi. Nasib baik chilli flakes ke ape ke tak termasuk mata baby tu. Sesudah menyenakkan perut masing-masing mereka pun terus pecut (iyelah tu) ke destinasi yang seterusnya iaitu ke rumah Jim di Potong Pasir. Di sana ada seorang anak kecil yang unik sedang menanti ketibaan mereka!


Rumah Kelima: Parking di tempat meletak kereta di kawasan rumah Jim ni bukan boleh sembarangan. Silap haribulan kalau terlupa nak letak kupon, pasti kereta akan disaman oleh seorang yang bernama Rohani (bukan isteri Cik Jamil yang dalam cerita Madu Tiga tu tau). Di rumah Jim, Mel dan Djah makan chocolate chip cookies lagaknya macam tengah balas dendam pukul musuh. Zaf pula, yang merupakan peminat tegar siri sinetron yang entah hapa kebenda entah tajuk dia tu sedang tekun menonton TV. Boleh dikatakan sampai badannya pun nak naik tegang. Dah penat makan biskut, Mel dengan Djah cuba untuk beramah mesra dengan anak sedara Jim yang unik yang bernama Nuha, tetapi sayang segala usaha mereka tidak membuahkan hasil. Cuma satu saja cara yang terakhir untuk mendekati budak unik tersebut, iaitu dengan mengajaknya mengambil gambar bersama. Taktik tersebut pun tidak begitu menjadi kerana yang pasti Nuha tetap takut-takut. Nak kata muka mereka berdua macam harimau pun tak juga. Tak mengapalah, dah tabiat semula jadi Nuha seperti itu..apa boleh buat..


Rumah Keenam: Perjalanan ke rumah yang keenam memang dinantikan sejak semalam lagi. Berbesar hati rasanya apabila akhirnya berjaya juga mereka ditemukan setelah hampir 4 tahun mereka dipisahkan (Tapi ni bukan siri Jejak Kasih tau. Jejak Datin mungkin ye kalau ada). Perjalanan untuk mencari rumah yang keenam ini agak memeninglalatkan sedikit disebabkan enam rakan terbabit memang tak begitu biasa dengan kawasan di sekitar Tampines. Mujur Jim ada membawa bersama Street Directory yang boleh dijadikan panduan pemandu. Kehadiran enam sekawan disambut ramah oleh tuan punya rumah, siapa lagi kalau bukan Sri Raihana atau panggilan mesra alamnya, Tan Sri Rambuk Berombak! Djah gemarkan suasana ala Jepun di rumah Sri, Mel pula gemarkan spaghettinya, Mar mungkin gemarkan bapa Sri yang lucu! Namun, mereka tidak boleh terlalu lama di situ kerana selepas itu mereka perlu ke Sengkang terus. Satu lagi rakan lama yang dah tak jumpa selama 4 tahun sedang menunggu.


Rumah Ketujuh: Kak Lin, yang dulunya pernah mendapat label ‘senyum macam pengantin’ mungkin terkejut juga kerana enam sekawan masih mengingatinya walaupun setelah sekian lama mereka dipisahkan oleh arus kehidupan yang ganas. Dengan mendapat hiburan khas dari Chef Wan yang sedang menceceh entah apa-apa sambil memasak di TV, mereka berbual-bual dan bertukar cerita tentang keadaan terkini masing-masing. Dan pada waktu yang sama salah seorang daripada enam sekawan menelefon bekas guru yang mengajar mereka iaitu Ustaz Bo (takde kena mengena dengan teh Boh tau). Kebetulan Ustaz Bo pun tinggal di daerah yang berdekatan, maka sudah tentu peluang untuk berkunjung tidak patut dilepaskan. Setelah bergambar kenangan seberapa yang sempat, mereka pun terus memulakan langkah ke rumah Ustaz. Satu, kerana masa memang agak suntuk dan juga kerana mereka park kereta secara tidak sah tanpa kupon, takut-takut Rohani datang saman pulak!


Rumah Kelapan: Semasa dalam perjalanan, dapat juga mereka melihat dari tepi bangunan Masjid Mawaddah dan sempat terserempak dengan kereta ala Dayang Senandung yang mencuit hati dan paru-paru. Pusing dan pusing, akhirnya mereka sampai juga ke destinasi yang dituju. Masing-masing teruja dengan kemudahan multi-storey carpark di dalam Ustaz Bo. Park kereta, jalan depan sikit, terus sampai depan rumah! Style lah seh! Solat, makan home-made pizzas sampai licin, petik gambar, Jim sempat flirting dengan anak Ustaz, kemudian terus meneruskan panduan ke Pasir Ris.


Rumah Kesembilan: Kekecohan yang sebenarnya bermula di sini. Rumah Juli memang senang nak dicari, tetapi masalahnya mereka ini nampaknya terlalu pemalas untuk mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan kereta. Sangkaan mereka tidak akan lama di rumah Juli. “Fast game” la kononnya. Salam, minum, salam dan chow! Jadi, dengan penu tiada siviknya mereka meletakkan sahaja kereta di depan kawasan tempat pembuangan sampah! Mereka tidak menyangka perbuatan mereka bakal mengundang sesuatu yang akan mereka jadikan pedoman sepanjang hidup.


Juli dengan bangga memaparkan konsert penyanyi pujaan hatinya, Rihanna di TV untuk dijadikan sajian mata para tetamu sungguhpun itu bukanlah budaya Ummu. Sambil menonton dan bersantap kuih-muih, Mel tidak dapat menyembunyikan perasaan risaunya pada kereta. Apa yang ditakutinya ialah jika Rohani atau kuncunya datang kemudian menyaman mereka. Kaki berinsurans Rihanna juga tidak dapat melegakan keresahannya. Hinggalah Juli memberikan satu idea yang bernas supaya kereta dialihkan ke kawasan lain yang terletak di belakang bilik adiknya. Lalu, dengan hati yang berdebar-debar, Mel dan Jim pun pergi. Baru mereka hendak duduk di dalam kereta, kelihatan sesuatu berlari-lari pantas di depan dashboard. Bukan hanya satu, tapi terdapat dua anak lipas! Satu berjaya dikeluarkan, manakala satu lagi terlepas. Selenger. Mengapalah mereka tidak terfikir tentang hal itu sebelum mereka park kereta? Pada mulanya Jim dan Mel bercadang untuk menyimpan sahaja rahsia yang terpendam. Mereka percaya jika rahsia ini diketahui, kemungkinan besar semua akan panik.


Setelah selesai menjamu selera memakan mi goreng pedas terangkat yang dimasak oleh ibu Juli, mereka pun meminta diri untuk memulakan perjalanan ke rumah yang seterusnya yang terletak di Dover Road. Rahsia akhirnya terbongkar kerana bila diperiksa, berekor-ekor anak lipas lari bertempiaran di dalam kereta! Suasana menjadi tegang dan kelihatan manik-manik peluh jernih mula mengalir. Dengan penuh debaran, mereka cuba untuk membasmi seberapa banyak lipas yang mungkin ada tersembunyi. Djah, dengan bakat semulajadinya telah berjaya menangkap berekor-ekor anak lipas dengan menggunakan berhelai-helai tisu yang kemudiannya dibuang di merata tempat. Zaf pula mengeluarkan gadget terkininya, handphone dengan lampu suluh yang terang untuk memudahkan lagi tugasan Djah. Ummu, Jim, Mel dan Mar pula masing-masing berdiri teguh di belakang Djah memberikan sokongan moral sambil menjerit-jerit apabila ternampak anak lipas cuba melarikan diri. Hanya lebih kurang dalam masa 15 minit, barulah mereka berani untuk duduk di kereta kembali dan meneruskan perjalanan.


Rumah Kesepuluh: Perjalanan memang agak jauh, namun apa yang pasti dengan kehandalan Mar membaca peta di dalam cahaya samar-samar, mereka dengan mudah dapat mencari blok bekas guru Matematik mereka yang bersuara serak-serak basah, iaitu Sir Ali. Blok yang terpendek di antara blok-blok yang berdekatan dengan terdapatnya kedai kopi 24 jam di bawah dan pasar di hadapan. Cukup meriah. Memandangkan itu merupakan pit-stop yang terakhir, maka keenam-enam rakan tidak melepaskan peluang untuk mengisi minyak dan melepaskan segala hajat buat kali yang terakhir. Tak perlulah dinyatakan di sini bahawa ada seorang di antara mereka yang kempunankan sesuatu yang tidak dapat diwarwarkan di sini bagi menjaga sensitiviti sesetengah pihak. Dalam keadaan yang agak tak tentu arah dan dengan makeup yang agak huru-hara, sempat juga mereka bergambar bersama Sir dan isteri. Hasilnya, Dayang Senandung kalau tengok pun tak rasa kecil hati sebab ada muka-muka yang lebih teruk dari muka beliau. Setelah mengikrarkan janji akan berkunjung lagi di raya tahun hadapan jika diizinkan Tuhan, maka mereka pun pulang.


Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam, namun mereka masih mempunyai satu lagi aktiviti yang perlu dilaksanakan. Tapi, sebelum itu mereka sekali lagi terpaksa berperang dengan makhluk-makhluk halus yang masih ada lagi di dalam kereta. Hanya setelah dalam lebih kurang 10 minit, barulah mereka memulakan langkah. Jim memandu mereka semua ke destinasi yang seterusnya, iaitu ke West Coast Park untuk bermain BUNGA API!! J


Hampir sahaja mereka tersesat jauh masuk ke Haw Par Villa (seram jugak tempat tu malam-malam kan??) Dengan Jim yang dah dua kali melanggar peraturan jalanraya lagi. Namun Tuhan masih sayangkan keenam-enam anak dara sunti yang masih tak reti-reti nak pulang lagi dengan mengetemukan mereka dengan Mcdonald’s yang merupakan tanda bahawa mereka akhirnya telah sampai ke tempat yang sedang dituju.


Dengan tanpa rasa janggal mereka masing-masing berkeletak-keletuk mencari port yang sesuai untuk bermain bunga api dengan harapan untuk mengembalikan awer muda. Dengan berlatarkan kapal-kapal di laut dan lampu neon yang berwarna-warni mereka dengan riangnya bermain bunga api sambil membuat sesuatu bentuk yang ‘special’. Jika tidak kerana bunga api cap kepala kucing hitam ternganga memang banyak mengeluarkan asap berkepul-kepul, pasti mereka akan bermain sampai pagi! Tapi setelah masing-masing risau dengan panggilan mak masing-masing, maka akhirnya mereka mengambil keputusan untuk mengakhiri aktiviti terbabit dengan pergi ke Mcdonald’s untuk membeli minuman. Mel perlukan kopi untuk terus bertenaga. Jika tidak, dikhuatiri dia bakal memandu kelima-lima rakannya ke langit yang ketujuh.


Disebabkan rumah Jim adalah yang paling hampir, maka dia diberikan penghormatan untuk memandu dirinya sendiri ke rumah. Dalam perjalanan, mereka pada mulanya membuka siaran radio IKIM untuk mendengar alunan ayat-ayat suci, namun terpaksa menutup radio setelah Mel dengan secara tidak sengaja menyeramkan mereka dengan mengatakan “kenapa mesti dia mainkan bacaan dari orang yang dah mati eh time-time macam ni?” apabila berkumandang suara Arwah Ustaz Asri di radio pada pukul 12 tengahmalam. Akhirnya, untuk menceriakan suasana, mereka ramai-ramai satu kereta menyanyikan sebuah lagu yang sesuai mengikut tema, iaitu lagu ‘Bila Larut Malam’ versi sendiri yang berterabur hancur berderai roboh. Setelah Jim selamat tiba di rumah, perjalanan diteruskan dengan Mel mengambil alih tugas sebagai pemandu dan menghantar Djah pulang ke Simei. Setelah itu, dihantarnya pula Ummu, Mar dan Zaf ke Yishun. Waktu itu jam sudah menunjukkan pujul 1.30 pagi.


Perjalanan pulang ke Woodlands memang agak sunyi sedikit dan Mel untuk kesekian kalinya tersesat lagi walaupun padahal dah berkali-kali memandu pulang dari Yishun ke Woodlands. Hanya apabila jam menunjukkan pukul 2 pagi, barulah dia selamat sampai ke rumah. Itu pun setelah kereta diletakkan tidak di tempat meletak kereta yang betul. Alasannya, ada juga kereta lain yang parking di situ, jadi tak kisahlah. Tawakalnya hanya pada Allah. Nak park kereta, kena pergi jauh dalam lebih kurang 2 blok kerana di sepanjang kawasan rumahnya, tempat meletak kereta yang ada semuanya berlot merah.


Demikianlah selesai sudah kisah beraya sehari suntuk enam sekawan tadi. Mereka berharap jika ada rezeki di tahun akan datang, dapatlah sekali lagi mereka berjalanan bersama mencipta memori keriangan yang indah, insya Allah..



yang mengarang dengan panjang jela ;
nur kamaliah. ;)



@ 12:59 AM
life doesnt stop for anybody

the fact that people are always walking in and out of our lives, and that life still moves on after that, kind of scares me a little.

okay fine, it scares me a lot.



Tuesday, September 22, 2009 @ 3:13 AM
raya with children.









salam alaik.


This year's raya is the worst. i didnt get ask for forgiveness from both of my parents. Early in the morning my dad had gone out to send rendang to my grandma's house. Meanwhile, my mum was really in a hectic with her ketupat. Hence, we didnt have the chance to shake hand and being emotional. Futhermore, this year's raya i feel like a mother. Everywhere i go, im tagged along by children. In the end, i couldnt take loads of pictures with my babyboy, saini. =(( sampai kena muntah bayi tudung aku! bgs sgt. sekian thank you.



Friday, September 18, 2009 @ 12:46 PM
Tuhan, sampaikan salam rinduku pada dia yang berada dibumi kinanah.


tadi tengok2 gmbr
saya berendam airmata
mungkin kerana kerinduan yang dah sarat
tapi
doa jadi penghubung kita kan utt?



@ 10:51 AM
ujian sebelum raya

makin nak balik ni makin diuji dengan sakit
habis segala isi perut dimuntahkan
penat. sakit.
dipujuk perut dan tekak agar bertahan
lagi berapa jam kan sampai sgpore?
masa tu lah nak muntah sampai tkeluar usus pon tafadhal
tapi tolonglah perut dan tekak, bukan sekarang.
bukan saat ini.
bukan dekat University Malaya.



Wednesday, September 16, 2009 @ 12:12 AM
sudah lelah mencuba

ajari aku menyayanginya
bila dimatanye ku tidak nampak keikhlasan.
ajari aku menyanyanginya
bila dia tidak pernah kenal erti sayang.



Monday, September 14, 2009 @ 8:40 PM
hussaini kesayangan semua

%sitikhadijah% No one said it was gonna be easy says:
rindu c gemok nie
- Nurathifah.™ says:
WOI SSGT
jap eh
%sitikhadijah% No one said it was gonna be easy says:
kk
- Nurathifah.™ sends:
Open(Alt+P)
You have successfully received C:\Users\Khadijah\Documents\My Received Files\saini.jpg from - Nurathifah.™





tgk. sume org windu saini. siap bwat wallpaper lg tao.




@ 8:19 PM
was it my fault for being mean?

next time learn to shut up. thanks.



Tuesday, September 8, 2009 @ 10:52 PM
the best man

Girls are like apples on trees.

The best ones are at the top of the tree.

The boys don't want to reach

for the good ones because they

are afraid of falling and getting hurt.

Instead, they get the rotten apples

from the ground that aren't as good,but easy.

So the apples up top think

something is wrong with them

when inreality thery're amazing.

They just have to wait for the right boy to come along,

the one who's brave enough to

climb all the way to the top

of the tree.


This poem's quite comforting for me. I keep forgetting that i should spend my time to develop my love for my Lord (Sustainer, Provider & Cherisher) and not all those other nonsense eg crushes. May the best man (not boy) for us with Imaan and Taqwa reaches up to the top part of the tree insya-Allah. =))




Monday, September 7, 2009 @ 9:23 PM
i miss you.

I want to spend a day, sitting at cafe, just hanging out with my bestest group of people, take a million photos, laugh about everything and nothing, enjoy the moment and the company.



Sunday, September 6, 2009 @ 7:03 PM
kisah sahur.





Cute tk kte org beli seluar sesame?
and kte org dengan semangat pergi sahur
pukul 430 pagi
dkat cafe.
=))



@ 4:28 AM
sayang sangat

kata orang tak kenal maka tak cinta
tapi bila dah kenal makin sayang
cmne nie?
dh sayang sangat!



Tuesday, September 1, 2009 @ 11:21 PM
i wrote this for you

Fine. Maybe I'm the puzzle. But you're still the pieces.