|
PROFILE Being Me is the greatest challenge to keep on moving when everything messed up to keep on going when my vision turns upside down to keep calm when my anger explodes to keep smiling when all I have is sadness to enjoy the real happiness that came only for a while but only this way these lessons had taught Me how to live these challenges that made me stronger inside out these stories that gave me strength to my weaknesses for each fate that you wrote for my Life is nothing better but THE BEST! “When you leave, remember to look back to see those you’re leaving behind. You never know, but they might be feeling miserable." YOUR SAY SO YESTERDAY October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010 I'LL BE WATCHING YOU AimanKU AszafiraKU AtiqaKU AmiraKU AsiahKU FadilaKU FyraKU FarahinKU FazilaKU HadiKU MusuhKU HairulKU HikmaKU JuwairiyahKU MarizzaKU Kak ainKU Kak hannahKU Lembah IlmuKU NabilaKU NurulhudaKU NisyaKU SriKU UttKU ZulianaKU CREDITS edits by: nurfa
![]()
|
Friday, February 20, 2009 @ 6:47 PM
ya allah, andai ku layak ke syurga ku pohon kau bawa guruku bersama Surat datang dari ustazah kami, ustzah Rozanna. Ya Allah, sesungguhnya Engkau menjadi saksi bahawa telah ku halalkan setiap ilmu yang ku curahkan. Telah ku maafkan segala kesilapan mereka yang di didalam pengetahuanku mahupun tidak. Telah ku redhai langkah mereka dalam menggapai ilmu-Mu ya Hakeem… Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Bahawasanya segulung syahadah yang kini di dalam genggaman kami hanyalah sehelai kertas cuma. Bahawasanya yang bererti di sisiMu adalah ilmu di dada kami. Ilmu dan amal. Namun ya Allah, Kau jua mengerti bahawa dunia mengiktiraf kertas ini. Bahawa kami sukar maju tanpa kertas ini. Ya Allah, jadikanlah syahadah kami ini satu wasilah dan bukan hadaf. Wasilah untuk syahadat yang lain - ijazah sarjana muda, sarjana dan seterusnya doktor falsafah. Dan jadikanlah kertas2 itu juga sebagai wasilah, kerana hadaf kami adalah ilmuMu ya Hakeem. Hadaf kami sesungguhnya ialah keredhaanMu. Ya Allah, pada hari yang penuh barakah ini, anugerahkanlah keikhlasan pada hati2 kami. Tanamkanlah sifat tawadhu’, zuhud, dan cinta pada ilmu dalam hati2 kami. Ya Allah, hiasilah diri kami dgn akhlaq mahmudah, dan lindungilah diri kami dari perasaan riya’, sum’ah, ‘ujub, sombong dan segala penyakit hati yang boleh membutakan kami. Ya Allah, Kau berkatilah ilmu kami yang cetek ini. Manfaatkanlah ilmu yang ada pada kami dan tinggikanlah darjat serta kemuliaan kami dengan ilmu yang bermanfaat. Kau jadikanlah kami orang2 yang dapat menaburkan bakti kpd masyarakat dan agama dengan ilmu2 kami, ya Allah. Berkatilah ilmu kami dengan amal yang soleh. Berkatilah ilmu kami dengan tabligh yang berterusan. Berkatilah ilmu kami dengan amr ma’ruf dan nahy munkar. Berkatilah ilmu kami dengan bertambahnya lagi; bukan membeku apalagi berkurang. Ya Allah, sesungguhnya telah Engkau letakkan amanah di atas bahu2 kami. Sesungguhnya telah engkau pilih kami untuk Kau berikan kebaikan2Mu sepertimana yang dikhabar oleh Rasulullah s.a.w “Man arada bihiLLAHU khairan yufaqqihhu fid din” Ya Allah, telah Kau pilih kami sebagai pewaris2 Anbiya’Mu. Maka, ya Allah, kami pohon dipinjamkan segenap kekuatan rohani, jasmani & minda, agar dapat kami pikul amanah yang diberikan dengan sebaik2nya. Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui akan musibah yang menimpa umat Islam hari ini. Sesungguhnya Kau berjanji tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan ia sendiri yang merubahnya. Sesungguhnya Kau berjanji, dengan ilmu, Kau tinggikan darjat hambaMu. Sesungguhnya Kau Maha Mendengar bisikan halus hati kami ingin membantu menaikkan Islam dan menjatuhkan musuh. Ya Allah, bersaksilah.. dengan ilmu dapat kami tebus maruah umat ini. Dengan ilmu, juga iman terhadapMu, dapat kami buka kunci rahsia alamMu. Dengan ilmu juga dapat kami takluki dunia ini. Agar nama Islam kembali mewangi.Al-Islamu ya’luw wa la yu’la ‘alaih. Itu janjiMu. Dengan ilmu, kami berjanji akan menagih janji itu nanti. Ya Allah, jadikanlah kami qudwah solehah kepada masyarakat sebagaimana kau jadikan Rasulullah s.a.w uswah hasanah kepada ummat. Sinarilah diri kami dgn hikmahMu. Anugerahkanlah kami ilmu yang luas, pemikiran yang tajam, peribadi yang mulia dan kata2 yang berhikmah. Permudahkanlah kami meneruskan pelajaran; dalam bidang apa pun, di bumi mana pun jua. Jangan Kau sukarkan laluan kami dalam menuntut ilmu, jangan Kau noktahkan langkah kami dalam mengharungi ujian2Mu. Ya Allah, ke mana jua Kau rezkikan kami selepas ini, kami mohon anugerahkanlah yang terbaik buat kami. Haluan mana yang Kau taqdirkan kami, kami mohon jangan di pisahkan hati2 kami. Ya Allah, sesungguhnya hati2 ini telah terhimpun dalam mencari redhaMu. Sesungguhnya hati2 ini telah terikat dalam meggapai kasihMu. Sesungguhnya hati2 ini telah bersatu dalam menuju cintaMu. Maka ya Allah, Kau perteguhkanlah ikatan hati2 ini. Jangan sesekali Kau rapuhkannya biarpun jauh jarak waktu dan tempat yang memisahkan. Kami mohon Kau jadikanlah ia sentiasa utuh dalam pemeliharaanMu. Ya Allah, bila sampai masanya nanti, Kau satukanlah kami kembali. Agar dapat sama2 kami teruskan amanah ini. Agar dapat kami terus perjuangkan agamaMu di muka bumi ini. Bila tiba giliran kami nanti, tetaplah Kau terus memimpin kami. Agar sunnah Anbiya’, auliya’, ulama’ dan asatizah dapat terus kami susuli. Ya Allah, akhir sekali kami pohon agar Kau sentiasa merahmati kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka merahmati kami semasa kami kecil. Balaslah jasa2 dan kebaikan2 mereka untuk kami dengan sebaik2 balasan. Juga Kau berkatilah Madrasah kami dan seluruh lapisan warganya. Berkatilah guru2 dan juga Mudir kami. Limpahkanlah segala rahmatmu terhadap Madrasah kami dan madrasah2 yang lain juga. Ya Allah, kami pohon kau lindungilah institusi2 yang bernama madrasah. Mudah2an dapat kami membalas jasa suatu hari nanti; samaada secara langsung mahupun tidak. Ameen Ya Allah.. love,ummu tuqa. |